THE POWER OF GIVING

 

Assalamualaikum wbt.

Hello !

After lama berehat daripada blogging, Izz kembali lagi ! Do you miss me ? Amboi, macam famous pula. πŸ˜‚

Untuk posting kali ini, Izz nak share dengan readers semua my own experience. I have told you guys this topic gonna be a bit cliche but I wanna make it EXTRA! 😍 Wah, extra macam mana? Okay first Izz kena bagi disclaimer dulu, nanti ada orang cakap Izz nak menunjuk-nunjuk atau riak. Tak, Izz tiada niat langsung nak riak atau sombong. Izz dah simpan benda ini dah lama. Since Izz form 2 lagi. So, tanamkan dalam minda you all yang hari ini Izz hanyalah mahu berkongsi sedikit sebanyak apa yang Izz lalui. Let's start !



“Allah, the Exalted, says, ‘Spend, O son of Adam, and I shall spend on you.’” – Prophet Muhammad, upon him be peace (Al-Bukhari and Muslim).

The power of giving, in another word: SADAQAH.

Berhari-hari, ini bukan kebetulan. Hari ini ada, esok pun ada lagi? πŸ˜• Ya Allah, Terima kasih.

Sepanjang Izz membesar, parents Izz tak pernah lokek dalam memberi apa saja yang Izz nak. Bukan yang Izz nak saja, yang orang lain nak pun parents Izz bagi. Bila tanya kenapa, ayah akan cakap "sedekah". Mula-mula macam nak marah sebab kadang macam terlampau baik pun ada parents I ni, tapi bila I sendiri mencuba, I faham apa yang my dad maksudkan.😟

Mula-mula, rasa tak yakin sangat nak memberi. Even seringgit. Kalau ada seratus, bagi satu, nanti mesti jadi 99? Dah sikit dah duit. Tapi bila dah terbiasa, seringgit cuma satu nilai sahaja. Trust me.

I am a very paranoid one. Apa-apa pun mesti overthinking. Bila tengok pengemis, ada tanggapan "Dia ni menipu ke? Pemalas ke?". Tapi bila fikir balik, bukan urusan dia dengan kita kalau dia menipu sekalipun, urusan dia dengan Maha Pencipta. 

Beginning

Semua started in 2015, sebab siblings Izz ada butik so memang akan pergi pasar-pasar malam or uptown yang ada dekat pekan (FYI, I was so happy at that moment sebab I tak pernah pergi pasar malam hahahah). Jalan-jalan dekat pekan, so memang akan jumpa a few pengemis. While my sisters syok beli macam-macam. I just tenung that pengemis. Terdetik. Mana anak dia? Mana keluarga dia? Lepas habis pasar malam, dia akan lena dekat mana? Izz just ada baki duit poket sekolah yang ayah bagi. Memang akan ada dalam poket after balik sekolah, minimum RM0.20 (sebab jolly sangat beli macam-macam dekat sekolah-_-). That time, dalam poket Izz ada syiling sahaja. Kira-kira ada RM0.50 sahaja. Malu sangat nak bagi dekat that pakcik. Genggam dalam tangan, gagahkan diri juga untuk masukkan duit dalam bekas. After that terus jalan tak pandang belakang langsung. 😟 And benda ini keep happening every single weekend. Dari RM0.50, RM1, RM2, RM5. I don't even realize benda ini dah jadi my habit. At the same time, Izz buat business. Meniaga macam-macam (Hello my customer yang pernah beli rantai, gelang, nail polish time form 2!), Alhamdulillah I manage to get RM200-RM500 sehari. Ya Allah happy sangat waktu ini. ( but I don't know how I manage to get this much)

Everyone knows Izz akan buat list untuk barang yang Izz nak. Lagi-lagi time form 2, form 3. Macam-macam trend fashion keluar. Hipster, Korean, and banyak lagi. Without Izz sedar, I got them all. Dari makeup, baju, seluar, kasut, handbag. Just name it. Biar orang nak cakap membazir or what, at least I'm happy. I really have my glory moments that time. This habit terus menerus Izz buat tanpa Izz sedar. Also, I never ask anyone to repay apa I bagi, cause if my friend tiba-tiba duit hilang, I will take it as rezeki dia untuk kita belanja. Rezeki tak pernah salah alamat.πŸ˜€

Form 3, Form 4, Form 5. Hidup sangat dipermudahkan. Orang cakap, nak apa semua dapat. Even duit tak kekal lama (of course lah sebab shopping saja memanjang -_-), but I got apa I nak. Okay, that's it for barang-barang Izz nak.

Lost

After habis highschool, Izz nak buat something lebih lagi. Tak cukup dengan bagi dekat peminta sedekah sahaja. Izz kerja untuk settle semua bucket list Izz. 😝Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan Izz. Tapi, this time Izz tak tahu Izz nak bagi sedekah dekat siapa. Izz blurr. Of course lah sebab Izz kerja dekat shopping mall, mana ada peminta sedekah, hhahhaha. 

So, this time Izz start cari dekat social media, agensi-agensi yang buat funding. It always be my dream untuk tolong orang-orang susah. Biarlah Izz broke, because bila tengok orang happy sebab kita, kita pun happy sekali. 😞

Apa yang you all fikir bila I cakap agensi-agensi ini? Hm.


Everytime tengok this kind of pictures, I terbayang my lovely nephews and nieces yang sebaya dengan these poor children. I tak sampai hati untuk ignore this type of fundings. Touched. They are innocent souls that exist in cruel world. Including us.


That is the main reason why I keep giving any penny yang I ada, even just RM0.50, RM1, RM5. It surely will cost and mean a lot for them. Loves from me: to our beautiful Syrian, Palestinian and children refugees out there. 

Also, not to forget our Malaysian. There are a lot of poor people in Malaysia itself. You guys already know. Some of them viral on Twitter, Instagram. Facebook and Tiktok. Ada yang perlu duit, ada yang perlu makanan, peralatan and banyak lagi. Kudos to those yang spread this kind of issues, so that I will not be an ignorant and selfish woman. Kita sedap-sedap makan nasi ayam, orang lain ada yang kutip sisa makanan belakang restoren untuk lauk tengahari.

Jangan takut untuk memberi. Allah Maha Melihat. Tak perlu uar-uarkan dekat social media pun, buat saja. Orang cakap, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. Buat senyap-senyap, nak buat list, silakan. Tapi tak perlu tangkap gambar. Niatkan seikhlas hati untuk membantu.πŸ’–

                                                    Just look at this poor kitty😒

We need to remember, makhluk dekat dunia bukan semata-mata manusia sahaja. Once a while, beri juga pada binatang-binatang yang ada. Kucing & anjing. Bila tengok kawan post pasal funding untuk rawatan kucing, beri. Rezeki kita akan datang nanti.


Mindset:

First of all, ubah mindset. Dulu, Izz selalu ingat rezeki Allah itu hanya dengan duit sahaja. So apa jadi? Jadi tak reti bersyukur lah! Bila Allah tak datangkan duit, mula merungut kenapa poket dah kering even dah sedekah banyak duit? Ya Allah, jahil nya rasa. 😭

Also, kalau kita ternampak tabung untuk derma apa-apa, biasakan diri untuk memberi, even RM1. Anggap sahaja Allah nak buka pintu rezeki kita, so kita nampak bekas tabung tersebut. 

Bila kita scroll IGstories, ternampak kawan post pasal donation: anggap sahaja Allah nak buka peluang untuk kita, mencari pahala. πŸ“²

Bila kita jalan-jalan dekat pekan, terserempak pakcik makcik orang susah, tolonglah. Allah dah tunjukkan kita ladang pahala depan mata, jangan sia-siakan.

Ingat, orang yang bersedekah ini TIDAK AKAN MISKIN. Pegang kata-kata ini kuat-kuat. Yakin dengan rezeki Allah. Rezeki Allah akan datang dengan pelbagai cara, macam Izz cakap dekat atas tadi. Ubah.πŸ’ͺ

Rezeki Allah luas

Sihat tubuh badan so boleh nak keluar dengan kawan-kawan, urusan dipermudahkan macam dapat parking bila ada benda urgent dekat bank, hidup tenang tiada orang dengki or cari pasal, and also business makin maju, duit datang dari macam-macam sumber. Best kan?😘

Sedekah

Bukan duit semata-mata. Bila mak ajak pergi tengok orang sakit, even kita banyak kerja, pergi sahajalah, anggap kita sedekahkan masa kita untuk orang sakit. Kita sedekah masa 1 jam sahaja, apa yang kita dapat? Here the answer↓

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menziarahi saudaranya yang sakit di pagi hari, ada 70,000 malaikat yang mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petangnya. Dan sekiranya dia menziarahinya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat itu akan mendoakannya untuk mendapat rahmat ALLAH di malam hari hingga ke Subuh esok.” (Riwayat al-Tirmidzi dan Ahmad)

Niat

Jangan pula kita niat sedekah, sebab nak dapat ganjaran balik. Salah. Niat ikhlas kerana Allah. Macam kita buat air teh, kita letak gula, tak perlu niat untuk jadikan teh itu manis: sebab memang fungsi gula itu memaniskan. Niatkan kita buat air teh sebab kita nak bagi minum (dekat diri sendiri or dekat orang lain). 🍡Jangan ragu-ragu dengan janji Allah. 

What did I gain from Sadaqah?

As I told you, back then in 2015-2018 , with just a little buckI gave, I boleh dapat duit banyak from my little business and manage to get barang-barang yang I nak. 2019, I achieved all my bucket list, urusan I semua dipermudahkan sangat-sangat. 2020, guess what? I satisfied all my cravings! Before this, it was a bit hard for me to get food that I have been craving for. But for 2020, Allah bagi rezeki semua makanan I nak, I dapat!🍜 Awal-awal I just thought maybe a coincidence, tapi lama-lama I realized that Allah just gave me rezeki. Terlintas saja nak makan apa, mesti dapat. Tak pernah sekalipun lena dengan tummy yang lapar. Cravings semua dapat. Terasa saja lapar, terus datang makanan, either tetamu bagi, parents belikan, jumpa runner untuk beli, jumpa kedai yang sedap, kawan-kawan suggest, and banyak lagi! Alhamdulillah syukur. You can ask Mr Beardy kalau tak percaya, cause everytime I told him I'm hungry, not less than 30 minutes, I got the food. πŸ•

Thanks Allah for giving me opportunity sharing my rizk with other people. I believe, if there is no longer my rizk from you, I will go back you and hoping to stay in your Highest Paradise InshaAllah.πŸ’ž


Alright. Izz rasa itu sahaja perkongsian Izz untuk kali ini. Izz tak mahir ilmu agama tapi apa yang Izz tahu dan boleh bagi manfaat dekat oramg sekeliling Izz, Izz akan share. Those yang nak bersedekah, do not do drastically but do consistently. Keep sadaqah and do not give up! Rezeki ada dimana-mana, lambat or cepat sahaja.πŸ‘

My last words, when you get what you want, that's God's direction, But when you don't get what you want, that's God's protection.πŸ’–


Love,

Moonpie.

Comments

Popular Posts